Laporan/foto: Nur Shazreena Harith/Siti Hajar Kamis
SEREMBAN, 26 Feb (Malaysiaaktif) – Program ERAT@NS Daerah Seremban anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Seremban bertujuan memupuk perpaduan dan keharmonian antara rakyat di negeri ini.
Program yang diadakan selama satu hari ini menyediakan pelbagai aktiviti khusus untuk masyarakat setempat seperti pertandingan futsal, bola jaring, sukan tradisional, senamrobik, pameran oleh agensi serta gerai-gerai jualan.
Abdul Ghani, 54 yang merupakan salah seorang pengunjung meluahkan rasa gembira dan teruja kerana dapat menyertai program tersebut.
“Saya dan keluarga amat berterima kasih kepada penganjur program kerana telah menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik.
Besarlah harapan kami agar program ini dapat diteruskan pada masa hadapan,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.
Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Haji Aminuddin Harun.
-ZS-