Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Cameron Highlands ‘Hangat’, Demam Bola Sepak Kembali

By 26 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Arief

CAMERON HIGHLANDS, 26 Feb (Malaysiaaktif) – Kejohanan Bola Sepak Piala Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang menghangatkan lagi suasana hujung minggu di Cameron Highlands apabila tujuh pasukan dari Parlimen Cameron Highlands berentap dalam merebut kejuaraan kejohanan yang diadakan di Padang Awam Majlis Daerah Cameron Highlands.

“Saya berasa teruja dan gembira memandangkan telah lama pertandingan atau liga melibatkan sukan bola sepak ini tidak diadakan di daerah ini.

“Kejohanan ini secara tidak langsung menghidupkan kembali sukan bola sepak di sini,” ujar Yusri Afif Mahabu, 24, pemain pasukan Cameron FA yang turut serta dalam kejohanan ini.
Menurutnya lagi kejohanan seperti ini perlu kerap dianjurkan kerana secara tidak langsung boleh mencungkil bakat-bakat baharu serta memberi pendedahan kepada belia-belia di sini.

Kejohanan Bola Sepak Piala Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang ini turut berlangsung di daerah-daerah lain seperti Lipis dan Raub.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda