Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Hari Terbuka Maritim Negeri Kelantan Erat Hubungan Bersama Masyarakat

By 26 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Shafira Mat Hussin (Pasir Puteh)

PASIR PUTEH, 26 Feb (Malaysiaaktif) – Seawal pukul 9.00 pagi Ibu Pejabat Maritim Malaysia Negeri Kelantan mula dibanjiri pengunjung untuk memeriahkan Hari Terbuka Maritim Negeri Kelantan yang diadakan sempena Hari Ulang Tahun Ke-18 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Seorang pengunjung Mariam Ismail, 55, penjawat awam ketika ditemui semalam berkata sempena ulang tahun ke-18, APMM terus komited memberikan khidmat dan bakti cemerlang untuk mengawal, memantau dan menjaga perairan negara daripada dicerobohi.

“Ini bersesuaian dengan tema sambutannya ‘Kami Serius Melaksanakannya’. Walaupun ini kali pertama saya berpeluang hadir hari terbuka maritim ini, saya tetap teruja melihat kapal dan bot APMM secara lebih dekat.

“Semoga penganjuran ini akan terus pada masa akan datang ,” ujar beliau.

Pelbagai pengisian menarik diadakan bagi mengeratkan hubungan dua hala antara agensi tersebut dengan masyarakat.

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah demonstrasi penggeledahan, lawatan kapal serta bot dan pameran.

-ZS-

Tinggalkan komen anda