
Laporan/foto: Halimah Abdul Ghani/Nazlia Naim
PENANTI, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Projek Komuniti Farm To Farm Ternakan Ikan Keli Lestari yang diusahakan di Bukit Langkap, di sini merupakan projek rintis yang melibatkan komuniti kelompok yang mendapat sokongan daripada kerajaan negeri serta bimbingan daripada Jabatan Perikanan Pulau Pinang.
Seramai 22 orang terlibat dalam projek komuniti yang bertujuan menjana ekonomi dan meningkatkan pendapatan peserta.
Pengusaha Projek Komuniti Farm To Farm Mohd Roshaidi Yusoff, 49, ketika ditemui semalam berkata program ini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai usahawan tani serta mewujudkan semangat perpaduan.
Program yang dirasmikan oleh Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar ini turut dihadiri Pengerusi Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Dr. Hajah Norlela Ariffin dan Wakil Pengarah Perikanan Pulau Pinang Muhamad Yusof Nor Jasman.
-ZS-