Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Hari Kanser Sedunia Peringkat Daerah Kulai Meriah

By 19 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Al-Tarmizi Azmi/ Mohd Saipul Nizam Ibrahim

KULAI, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Kanser Sedunia Peringkat Daerah Kulai di Pangsapuri Rakyat Jalan Cengal, Bandar Putra, di sini semalam disambut meriah dengan kehadiran lebih 300 pengunjung.

Program kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kulai, Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Rakyat Jalan Cengal dan Ahli Majlis Zon 10 yang dirasmikan Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching ini mampu memberi kesedaran kepada orang ramai tentang langkah awal mengesan dan mencegah kanser.

“Syabas dan tahniah kepada penduduk Pangsapuri Rakyat Jalan Cengal, Bandar Putra Kulai dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program pada hari ini (Sabtu). Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada semua pemimpin penduduk lain untuk membantu kerajaan dalam usaha mencegah dan merawat penyakit kanser,” ujar Teo Nie Ching.

Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya pertandingan mewarna kanak-kanak, cabutan bertuah, saringan kesihatan HIV tanpa nama, saringan tibi dan kusta, saringan merokok, saringan pengesanan kanser, demo Basic Life Support (BLS), saringan kesihatan asas dan pendaftaran PEKA B40 serta pameran interaktif.

Turut hadir Pegawai Kesihatan Daerah Kulai Dr. Hajah Faridah Haji Ali, Pengerusi Perbadanan Pengurusan Penduduk Pangsapuri Rakyat Jalan Cengal Bandar Putra Nazir Zawawi dan Ketua Kampung Rangkaian Bandar Putra Hairul Anuar Tumiren.

-ZS-

Tinggalkan komen anda