Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Program Cakna Kesihatan Diri: Kerana Dirimu Begitu Berharga

By 19 Februari 2023Februari 20th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/foto: Nazlia Naim/Halimah Abdul Ghani
PENANTI, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Junior Chamber International Nibong Tebal serta disokong oleh Exco Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Dr. Hajah Norlela Ariffin telah mengadakan Program Gaya Hidup Sihat, Agro Sweet and Sweat-Fat2Fit 2023.
Program ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin di Bukit Langkap, Penanti.
Seramai 65 orang peserta telah menyertai program ini dan diberi masa dalam tempoh 3 bulan untuk mengikuti sesi pengurusan berat badan secara berjadual. Kepada yang berjaya menurunkan peratusan berat badan yang tertinggi, hadiah terkumpul berjumlah RM2,000 menanti.
Menurut seorang peserta Fatimah Hasnol, 42, “program ini merupakan salah satu inisiatif ke arah pembentukan budaya gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat” katanya.
Turut hadir, Dr. Hajah Norlela Ariffin, Exco Agroteknologi & Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Mohamad Farid Razali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah mewakili Pengarah Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Aw Win Chan, Presiden Junior Chamber International Nibong Tebal.

-ZS-

Tinggalkan komen anda