Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Harga Bajet RM3.50 Tarikan Nasi Bambong

By 7 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Penulis/foto: Agku Marzuki Ag Latip/Mohd Maqdi Salleh

TAWAU, 7 Feb (Malaysiaaktif) – Nasi bambong adalah contoh terbaik Menu Rahmah yang tidak asing buat warga Tawau lebih-lebih lagi ianya dijual dengan harga bajet serendah RM3.50.

Pengusaha nasi bambong, Kasmah Beduhaling, 52, berkata hidangan ini sangat  sinonim dengan warga Tawau memandangkan nama menu tersebut menggunakan bahasa tempatan.

“Dengan harga serendah RM3.50 pengunjung dapat menikmati hidangan nasi putih, dengan dua jenis pilihan sama ada lauk atau sayur.

“Pada awal perniagaan sekitar tahun 1993, harga menu ini hanyalah RM1.50 tetapi terpaksa dinaikkan bagi menampung kos yang ada namun masih lagi antara yang termurah di sini.

“Kebiasaannya ramai pelanggan akan datang pada waktu tengah hari hingga ke petang memandangkan masa tersebut merupakan waktu rehat bagi yang bekerja dan tamat sesi pagi persekolahan,” katanya yang ditemui di gerainya, di sini baru-baru ini.

Meskipun memberikan harga yang murah namun menurut Kasmah, beliau mampu memperoleh pendapatan RM1200 sehari.

Beliau yang biasa dipanggil Kak Kasmah merupakan pengusaha perniagaan makanan nasi bambong sejak tahun 1993 lagi di pinggir bandar Tawau.

-ZS-

Tinggalkan komen anda