
Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor/Muhammad Azrul Mubarak
PONTIAN, 3 Feb (Malaysiaaktif) – Pembukaan rasmi Jambatan Sungai Pulai yang menghubungkan Tanjung Pelepas Daerah Johor Bahru ke Tanjung Bin Daerah Pontian pada 19 Januari lalu telah menyemarakkan lagi kedatangan pelancong ke Taman Negara Tanjung Piai.
āIa memberi impak yang besar dalam mempromosikan Taman Negara Tanjung Piai kepada pelancong dari dalam dan luar negara,ā kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, Raven Kumar Krishnasamy.
Raven Kumar ketika merasmikan Program āMangrove Runā 2023 sempena Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia 2023 di Taman Negara Tanjung Piai, di sini semalam berkata, selain memajukan sektor pelancongan, ia juga mampu membawa limpahan ekonomi kepada penduduk setempat melalui produk-produk jualan serta pengusaha-pengusaha makanan.
āProgram yang diisi dengan pelbagai aktiviti ini seperti āfun runā, āfun walkā, gerai-gerai pameran oleh pelbagai agensi ini juga mampu menarik kehadiran pengunjung dan pelancong,ā katanya.
-ZS-