Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Jambatan Sungai Pulai Semarak Kedatangan Pelancong ke Taman Negara Tanjung Piai

By 3 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor/Muhammad Azrul Mubarak

PONTIAN, 3 Feb (Malaysiaaktif) – Pembukaan rasmi Jambatan Sungai Pulai yang menghubungkan Tanjung Pelepas Daerah Johor Bahru ke Tanjung Bin Daerah Pontian pada 19 Januari lalu telah menyemarakkan lagi kedatangan pelancong ke Taman Negara Tanjung Piai.

“Ia memberi impak yang besar dalam mempromosikan Taman Negara Tanjung Piai kepada pelancong dari dalam dan luar negara,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, Raven Kumar Krishnasamy.

Raven Kumar ketika merasmikan Program ‘Mangrove Run’ 2023 sempena Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia 2023 di Taman Negara Tanjung Piai, di sini semalam berkata, selain memajukan sektor pelancongan, ia juga mampu membawa limpahan ekonomi kepada penduduk setempat melalui produk-produk jualan serta pengusaha-pengusaha makanan.

“Program yang diisi dengan pelbagai aktiviti ini seperti ‘fun run’, ‘fun walk’, gerai-gerai pameran oleh pelbagai agensi ini juga mampu menarik kehadiran pengunjung dan pelancong,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda