Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Sukan Asas Pembentukan Jati Diri Pemimpin Masa Hadapan

By 3 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Hidayah Mohd Izam (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 3 Feb (Malaysiaaktif) – Hampir 500 kanak-kanak dan ibu bapa hadir ke Kejohanan Balapan dan Padang Kali ke-17 Sekolah Kebangsaan Parit Raja Tahun 2022/2023 yang diadakan di Stadium Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) Parit Raja, semalam.

Aktiviti sukan amat penting dalam membina jati diri kanak-kanak yang merupakan bakal pemimpin masa hadapan. Sukan dapat mencabar pemikiran mereka dalam mengeksplorasi kemampuan dan daya tahan diri.

Norfardina Nordin, 36, berkata beliau datang untuk memberikan sokongan kepada anak-anaknya yang menyertai kejohanan tersebut.

Menurutnya sukan penting untuk tumbesaran anak-anak dari segi jasmani dan rohani. Sukan dapat membina tubuh badan yang sihat dan membantu membentuk akal fikiran yang lebih bagus.

“Sukan menitikberatkan soal disiplin dan kepentingan penjagaan pemakanan. Ini dapat mendidik disiplin dan membentuk sifat kepimpinan yang baik apabila anak-anak besar nanti,” katanya.

Turut hadir Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit Raja Rizal Hassan dan Majlis Tertinggi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda