Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Thaipusam: Tujuh Jalan Ditutup Sekitar Batu Caves

By 2 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

BATU CAVES, 2 Feb (Malaysiaaktif) – Sebanyak tujuh jalan sekitar Batu Caves ditutup bermula tengah malam ini hingga 8 Februari.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamad Mohamed, berkata penutupan berkenaan bagi memastikan sambutan Thaipusam berlangsung dengan aman dan tiada gangguan.

“Tujuh jalan adalah lampu isyarat Kampung Melayu Batu Caves, susur dari arah MRR2 ke Kuil Batu Caves, jalan Batu Caves Lama ke pintu kuil utama Batu Caves.

“Turut ditutup adalah simpang tiga lampu isyarat berhadapan stesen minyak Shell Batu Caves, susur MRR2 dari Seri Gombak menghala susur jalan Perusahaan Batu Caves, Jalan Perusahaan menghala ke Kuil Batu Caves,” katanya ketika sidang media di Batu Caves hari ini.

Jelas Zainal, penutupan jalan bermula 3 Februari (12.01 tengah malam) sehingga 8 Februari (12.01 tengah malam).

“Penutupan bergantung kepada keadaan sama ada perlu dipendek atau dipanjangkan tempoh.

“Hebahan penutupan jalan juga telah dibuat di papan iklan elektronik dan Facebook rasmi Polis Daerah Gombak bermula semalam,” ujar beliau.

-ZS-

Tinggalkan komen anda