Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Jauhi Dadah, Lebih Baik Cegah

By 19 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nurul Ain Johari (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan kerjasama Skuad AADK dan Pejabat Penerangan Daerah Batu Pahat telah mengadakan program bersama pengunjung yang diadakan di Pasar Karat, Jalan Omar, di sini pagi tadi.

Program ini merupakan inisiatif dari pihak AADK untuk memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada masyarakat akan bahayanya dadah yang semakin berleluasa terutama dalam kalangan remaja.

Pengerusi Majlis Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat, Mesafizam Mesri berkata, rakyat perlu peka dan menjauhkan diri dari penyalahgunaan dadah kerana ianya memberi kesan yang buruk pada tubuh badan.

“Kita perlu bersama-sama bangkit untuk menangani permasalahan penyalahgunaan dadah yang merupakan ancaman besar pada masyarakat,” ujarnya.

Antara aktiviti yang menarik dalam program ini ialah pameran AADK, edaran bahan penerbitan dari Pejabat Penerangan Daerah Batu Pahat dan AADK, permainan interaktif, kuiz antidadah, sosial eksperimen serta persembahan penghibur jalanan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda