Laporan/foto: Fasharina Kholil (Sik)
SIK, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 60 orang murid berusia tujuh hingga 12 tahun menerima bantuan persekolahan sumbangan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menerusi Program Kembali Ke Sekolah, baru-baru ini.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gulau, Ahmad Rosli Zainol Abidin ketika ditemui di sini berkata, program ini merupakan acara tahunan bertujuan untuk membantu persediaan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk kembali ke sekolah.
“Sumbangan berupa beg sekolah serta pakaian seragam ini memberi tumpuan kepada anak-anak yatim, kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan anak-anak daripada kumpulan B40 serta dapat meningkatkan motivasi setiap murid untuk kembali ke sekolah,” ujarnya.
Ahmad Rosli berharap agar, sumbangan tersebut dapat meringankan beban keluarga berpendapatan rendah untuk menyediakan keperluan sekolah terutama yang mempunyai anak bersekolah yang ramai.
“Pemberian bantuan ini juga merupakan salah satu usaha untuk mengelakkan berlaku lebih banyak keciciran dalam pendidikan,” ujarnya mengakhiri perbualan.
-ZS-