Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Hapuskan Stigma Kanser Pengakhiran Hidup – Dr. Zaliha

By 19 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Kanser Sedunia 2023 anjuran Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah diadakan di Plaza Angsana Johor Bahru Mall dengan bertemakan Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser atau ‘Close The Care Gap’.

Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa berkata, sambutan Hari Kanser Sedunia ini diadakan untuk memberikan kesedaran dan menangkis stigma masyarakat bahawa kanser bukan pengakhiran hidup dan harus dihapuskan dengan sewajarnya.

“Masyarakat perlu peka dan tahu tentang realiti kanser yang sebenar agar dapat meningkatkan akses yang terbaik kepada masyarakat tentang pengesanan awal, diagnosis dan rawatan yang terbaik untuk penyakit ini.

“Justeru itu, sebagai langkah yang sebaiknya adalah membuat saringan kesihatan terutama wanita bagi mengetahui tahap kesihatan dan dapat mengelakkan penyakit kanser dalam diri kita,” katanya ketika ucapan perasmian, semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor Ling Tian Soon, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) Dato’ Dr. Aman Rabu, Pengarah Eksekutif Tunku Laksamana Johor Cancer Foundation (TLJCF) Dato’ Mohamed Perang Haji Musa, Ketua Pegawai Eksekutif TLJCF Mohd Ikmal Izam Zaini, Ahli Parlimen Tebrau Jimmy Puah Wee Tse dan komuniti setempat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda