
Laporan/foto: Mohd. Nizwan Mohd. Daini
TUARAN, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Khasiat bunga telang dimanfaatkan sepenuhnya oleh peniaga, Dorothy @ Noorzalina Uyau, 61.
“Bunga telang bukan sekadar untuk mencantikkan dan menambah seri kepada makanan malah segar dibuat air minuman.
“Banyak khasiat air bunga telang ini terutama kepada kaum wanita antaranya penjagaan dalaman wanita, mengecutkan jerawat, melancarkan darah dan awet muda.
“Bunga telang direbus selama 30 minit sehingga mendidih kemudian dicampur sedikit gula pasir dan buah lemon,” katanya ketika ditemui semasa Program ‘Mobile Community Service’ di Padang Sekolah Kebangsaan Mengkabong, di sini pada Sabtu.
Berasal dari Kampung Selupoh memproses bunga telang sebagai air minuman seterusnya menjual air bunga telang sejak awal tahun 2022.
Beliau merupakan salah seorang usahawan PeladangNita Lembaga Pertubuhan Peladang Tuaran sejak tahun 2018 lagi.
-ZS-