Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Tadika Permata MAIWP Lahir Pelajar Berkayakinan

By 19 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/MAIWP Labuan

LABUAN, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Kebanyakan pelajar Tadika Permata MAIWP kini menjadi lebih berkeyakinan, kreatif dan inovatif.

Menurut Pengurus Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan, Md Fadzli Md Saad, hal itu terjadi kerana Tadika Permata MAIWP mengadakan pelbagai program dan aktiviti seperti bersukan, bercerita, nyanyian, tilawah, dan sebagainya.

“Program-program itu membantu anak-anak bersikap positif selaras dengan matlamat pendidikan prasekolah bagi menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebelum masuk ke sekolah rendah,” katanya semasa merasmikan Majlis Konvokesyen Kali ke-14 Tadika Permata MAIWP Labuan, di sini pagi Sabtu.

Beliau mengucapkan penghargaan dan syabas kepada semua guru tadika yang berhempas pulas tanpa mengira penat lelah, mengasuh dan mendidik para pelajar dengan penuh kesabaran serta kasih sayang.

“Tidak dilupakan juga kerja keras semua ibu bapa yang banyak membantu anak-anak mereka semasa berada di rumah kerana sebaik-baik pendidikan untuk anak haruslah dimulakan dengan mendidik akhlak, membina keperibadian, sahsiah dan memperkembangkan potensi diri anak-anak, dan semua itu bermula daripada rumah,” jelasnya lagi.

Pada majlis itu, seramai 130 pelajar yang menamatkan pembelajaran sesi 2022/2023 menerima sijil tamat tadika manakala seramai 36 orang murid berumur 5 dan 6 tahun menerima Sijil Kecemerlangan Akademik.

-ZS-

Tinggalkan komen anda