Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Kampung Temeris Meriah dengan Gerak Rahmah Jom Sihat Terengganu 2023

By 27 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Hairi Izwan Awang (Hulu Terengganu)/ Asronizam (Jabatan Perpaduan Hulu Terengganu)

HULU TERENGGANU, 27 Feb (Malaysiaaktif) – Lebih 200 penduduk Kampung Teris dan sekitar menyertai Program Gerak Rahmah Jom Sihat 2023 Peringkat Negeri Terengganu, di sini semalam.

Pelbagai aktiviti diadakan antaranya senamrobik, pemeriksaan kesihatan, pameran, ceramah dan cabutan bertuah.

Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu Mohd Rosli Alias berkata, program bertujuan menjadikan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) menjadi peneraju Komuniti Rahmah melalui pelbagai aktiviti berimpak tinggi untuk membawa kesejahteraan kepada komuniti setempat.

“Program ini juga bagi menggerakkan komuniti KRT secara bersepadu dan menyeluruh dalam melaksanakan program gerak rahmah selain meningkatkan keaktifan dan mengukuhkan peranan KRT dalam komuniti,” katanya.

Bagi salah seorang peserta, Muhammad Afiq Haikal Mohd Zaki, 21, program ini amat baik diadakan di mana masyarakat setempat boleh menggunakannya sebagai platform untuk bertukar-tukar pendapat serta beramah mesra antara satu sama lain.

“Perkhidmatan yang disediakan seperti pemeriksaan kesihatan juga memberi manfaat kepada penduduk,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda