Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Lebih 37 Ribu KIR Miskin Tegar Disantuni Bakul Rahmah

By 27 Februari 2023Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/Muhammad Hafizuddin Abdul Halim (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 37,373 ketua isi rumah (KIR) bakal menikmati manfaat menerusi inisiatif Bakul Rahmah yang akan dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negara.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub, jumlah tersebut adalah 30 peratus daripada jumlah keseluruhan 124,578 KIR yang telah dikenal pasti sebagai miskin tegar.

“Ada sedikit kelainan pada Inisiatif Bakul Rahmah ini kerana penerimanya lebih tersasar, iaitu hanya diberikan kepada golongan miskin tegar.

“Inisiatif Bakul Rahmah ini tidak melibatkan kos daripada Kerajaan. Pelaksanaannya melalui kerjasama dan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama rakan strategik, pemain industri (pasar raya), agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya.

β€œHari ini kita telah melancarkan dan menggerakkan sebanyak lapan buah Lori Rahmah dengan membawa 2,000 kotak Bakul Rahmah berbentuk makanan asas yang disumbangkan Yayasan Global Mesra (YGM) menuju destinasi ke utara iaitu, negeri Kedah, Perak dan juga Perlis,” kata Salahuddin ketika ditemui pada sidang media Majlis Pelancaran Inisiatif Bakul Rahmah di Menara Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SDM)@Sentral, di sini hari ini.

Jelas beliau, pengedaran Bakul Rahmah yang dihantar ke Pusat Khidmat ADUN di setiap kawasan akan diuruskan oleh wakil-wakil, penghulu atau ketua kampung sebelum diserahkan kepada golongan miskin tegar di kawasan berkenaan.

Tambah Salahuddin lagi, sebanyak 18,000 Bakul Rahmah akan diedarkan di seluruh negara menjelang Hari Raya Aidilfitri ini dan setiap satu bakul itu bernilai RM100 yang mengandungi barangan keperluan asas.

-ZS-

Tinggalkan komen anda