Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Kejayaan Srikandi Cilik SKPJ Buka Lembaran Baru Sukan Kriket Negeri Sembilan

By 10 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Shaharuddin Daud (Kuala Pilah)/PJ Media

KUALA PILAH, 10 Februari (Malaysiaaktif) – Apabila bercakap mengenai sukan kriket wanita, tidak ramai peminat sukan yang mengetahui, malah ada yang tidak menyedari bahawa Negeri Sembilan mempunyai pasukan kriket wanita negeri.

Kejayaan Pasukan Kriket Perempuan B11 Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh (SKPJ) menjuarai Kejohanan Kriket ELF-JPNS-NSCA Peringkat Negeri Sembilan 2023 dilihat menjadi penanda aras mengubah dimensi sukan kriket negeri khususnya pada peringkat akar umbi.

Menurut Guru Besar SKPJ Ahyaulumuddin Abd Hamid, penyertaan murid perempuan pada peringkat sekolah rendah dilihat mampu membuka peluang dan dimensi baru bagi menghasilkan pemain kriket wanita negara. Malah penerimaan para ibu bapa terhadap penyertaan anak-anak mereka dalam sukan ini turut mengubah persepsi bahawa sukan ini tidak sesuai untuk golongan perempuan.

“Permainan kriket merupakan satu sukan yang memerlukan daya ketahanan diri yang tinggi apabila perlu beraksi di bawah terik matahari untuk satu tempoh yang agak panjang dan apabila mereka menyertai permainan ini, terdapat perubahan dalam kekuatan fizikal dan minda mereka.

“Ini kerana para pemain perlu peka dengan setiap pergerakan dan strategi permainan yang sentiasa berubah, maka secara tidak langsung mempengaruhi tahap fokus dan kecergasan dalam pelajaran dan kehidupan seharian,” ujar beliau ketika ditemui, di sini pada Rabu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda