Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Sultan Selangor Seru KKM Tambah Baik Perkhidmatan Kesihatan Hospital

By 9 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Dhaifanzufar Dazuka/Jabatan Penerangan (Kuala Selangor)

KUALA SELANGOR, 9 Jan (Malaysiaaktif) – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, menyeru agar Kementerian Kesihatan (KKM) melihat keperluan fasiliti kesihatan di Selangor dengan menyeluruh dan menambah jumlah doktor serta jururawat.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, keperluan kesihatan di hospital perlu dilihat dengan menyeluruh kerana ramai pesakit menunggu lama untuk mendapatkan rawatan kesihatan.

“Dengan jumlah penduduk lebih tujuh juta orang di negeri ini, sudah tentu ia memerlukan fasiliti kesihatan yang banyak di merata tempat serta mempunyai kemudahan peralatan yang terkini, “ titah baginda ketika berucap merasmikan Hospital Tanjong Karang yang baharu, di sini hari ini.

Turut berangkat, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dengan diiringi Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

-ZS-

Tinggalkan komen anda