Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Kerajaan Sokong Inisiatif SNI Perkasa Adat Budaya Iban

By 13 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lydia Humphery Tungkat (Sarawak)

MIRI, 13 Feb (Malaysiaaktif) – Kerajaan Sarawak menyokong inisiatif Simposium Ngepan Iban (SNI) 2022 yang membawa kebaikan kepada pembangunan modal insan dalam memperkasakan adat, budaya serta mempertahankan hubungan di antara rakyat.

“Saya percaya banyak warisan bangsa kita yang boleh dikembang dan dipromosi untuk dijadikan produk ekonomi dan pelancongan Sarawak.

“Justeru, saya menyeru semua agensi kerajaan, ketua masyarakat dan ketua kaum, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutamanya masyarakat Iban untuk terus menjaga seni budaya dan warisan yang ada,” kata Datuk John Sikie Tayai selaku Menteri di Jabatan Premier Sarawak, semasa Majlis Makan Malam SNI 2022, di sini baru-baru ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan Awam dan Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak merangkap pengerusi jawatankuasa penganjur, Datuk Dr. Penguang Manggil.

-ZS-

Tinggalkan komen anda