Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Peranan Guru dan Ibu Bapa Penting Hadapi Sistem Pendidikan Dinamik

By 13 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/SK Tanjung Aru

LABUAN, 13 Feb (Malaysiaaktif) – Peranan guru dan ibu bapa amat besar dalam mengharungi sistem pendidikan negara yang sentiasa dinamik serta progresif.

Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Yusup Mohamad, guru dan pihak sekolah perlu memacu penghasilan daya kreativiti serta inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara berterusan.

“Guru-guru perlu sentiasa menimba ilmu dan melakukan perubahan dalam melaksanakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran,” katanya semasa merasmikan Majlis Hari Graduasi Tahun 6 dan Tamat Persekolahan Prasekolah (‘Class of 2022’) Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Aru, di sini semalam.

Jelasnya, ibu bapa juga perlu sentiasa melibatkan diri dalam proses pembelajaran anak-anak dengan menitikberatkan soal pembelajaran secara berterusan bukan sahaja di sekolah tetapi juga di rumah.

“Saya menyeru kepada semua pihak agar sentiasa berganding bahu dan bekerjasama dalam menjalankan tanggungjawab kita untuk membantu pembelajaran anak-anak kita.

“Kita perlu menjadikan hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa serta komuniti sebagai hubungan yang berasaskan rasa tanggungjawab bersama, saling perlu memerlukan dan menyokong antara satu sama lain,” katanya lagi.

Turut hadir Guru Besar SK Tanjung Aru Mohd Farihi Ab Halim, Penolong Pengarah Sektor Perancangan Jabatan Pendidikan Labuan merangkap Pegawai Angkat SK Tanjung Aru Zailiana Zainol, Pegawai Perhubungan Sekolah SK Tanjung Aru ASP Amir Osmera Mohidin dan wakil Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SK Tanjung Aru Hazirah Jahali

-ZS-

Tinggalkan komen anda