Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Khatan Perdana Sunatan

By 27 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ainsyah Hamid/Azimee

BALIK PULAU, 27 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 97 kanak-kanak menyertai program berkhatan anjuran Pusat Khidmat Pulau Betong dan Masjid At-Taqwa dengan kerjasama Balai Bomba Seri, di sini semalam.

Kanak-kanak sangat teruja dan menjadikan satu pengalaman baru apabila disirami dengan air jentera bomba.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong Muhd Tuah Ismail berkata, pada musim cuti persekolahan saya berharap aktiviti berkhatan beramai-ramai seperti ini dapat dijadikan budaya dan mendapat sokongan dari pemimpin agar kemeriahan ini dapat dirasai oleh masyarakat.

“Program berkhatan secara beramai-ramai ini dapat meringankan beban ibu bapa selain dapat menjalinkan hubungan sillaturahim sesama masyarakat setempat,” tambahnya lagi.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda