
Laporan/foto: Feroz Othaman (Melaka Tengah)
MELAKA, 27 Feb (Malaysiaaktif) – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang telah menganjurkan kempen Mesra Tunggakan Hasil dan gotong-royong bersama komuniti masyarakat, kelmarin.
Menurut Yang Dipertua MPHTJ Sapiah Haron program ini telah melibatkan semua komuniti masyarakat di dalam komuniti DUN Kesidang serta melibatkan agensi-agensi kerajaan dan swasta.
“Penganjuran program adalah bagus untuk memudahkan penduduk setempat membuat bayaran serta semakan tunggakan di kaunter bayaran cukai yang telah sediakan disamping mendapat 70 peratus pengurangan kompaun MPTHJ,” katanya.
-ZS-