Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Program Anakku Sayang, Medium Memupuk Hobi Membaca

By 27 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nurunnadia Abdullah/Zuriatina Tamat (Kluang)

KLUANG, 27 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 100 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur menghadiri Program Anakku Sayang yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kahang dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ) di Perpustakaan Awam Taman Sri Lambak, di sini, pagi ini.

Menurut Pengerusi Program, Haji Ismail Salleh, sebelum ini program tersebut terhad kepada anak-anak di sekitar komuniti sahaja.

Namun melihat kepada sokongan dan sambutan yang menggalakkan dari ibu bapa, maka beliau menganjurkan program tersebut dengan melibatkan lebih ramai pihak termasuklah ahli-ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT), kariah masjid dan juga dari Perpustakaan Awam Taman Sri Lambak.

Ahli DUN Kahang, R. Vidhyanathan berkata, pihaknya amat menyokong program seumpama ini lebih-lebih lagi yang melibatkan anak-anak generasi muda kerana mereka bakal menjadi pelapis pada masa hadapan.

“Saya amat mengalu-alukan program seperti ini diadakan dengan lebih kerap dan tidak terhad hanya di musim persekolahan sahaja.

“Kita di pihak DUN Kahang akan memberi bantuan yang diperlukan dan program ini boleh dijadikan sebagai program bulanan ataupun tahunan dan harapnya lebih banyak generasi yang suka membaca dapat dilahirkan,” tambahnya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda