Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

KKMT Memperkukuhkan Sistem Teknologi Hijau di Kampus

By 3 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ismael Idris (Jasin)

MERLIMAU, 3 Feb (Malaysiaaktif) – Lawatan penanda aras Unit Teknologi Hijau Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT) untuk melihat secara dekat aplikasi pelaksanaan SmartGreen di Politeknik Merlimau (PMM) telah berlangsung semalam.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Teknologi Hijau PMM, Ts. Dr Hassan Ismail, selain itu objektif lawatan ini adalah untuk melaksanakan penambahbaikan berterusan ke arah menjadikan KKMT sebagai sebuah kampus hijau.

“PMM berjaya mengekalkan kedudukan pertama UI GreenMetrik (UIGM) World University Ranking 2022 dalam kalangan Politeknik di Malaysia dan tempat ke 322 daripada 1050 universiti dalam dunia,” ujar Ts. Dr Hassan Ismail.

Seramai sepuluh orang wakil dari KKMT yang diketuai Timbalan Pengarah (Pengurusan) KKMT Mohd Anwar Mohd Yasin hadir dalam lawatan penanda aras ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda