Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Festival Makanan Thai di Kuala Nerus Meriah

By 3 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Emylia Lot (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 3 Feb (Malaysiaaktif) – Orang ramai yang berminat dengan makanan Thailand berpeluang mengunjungi lebih 100 gerai dengan pelbagai menu dan masakan yang disediakan selama sepuluh hari bermula semalam.

Festival Makanan Thailand yang diadakan di pekarangan Stadium Gong Badak ini meriah apabila pada hari pertama pembukaan telah menarik minat hampir 500 pelanggan.

Pemilik premis menjual kek krep, Iman Mat Rashid, 42, berkata gerainya menjual kek krep sejuk pelbagai perisa.

“Pada hari pertama pembukaan permintaan daripada pelanggan sangat memberangsangkan. Kek ini didatangkan khas dari Narathiwat dan dibawa ke sini untuk dijual di sepanjang festival berlangsung,” katanya ketika ditemui, disini malam tadi.

Penjual tom yam dan sup makso Siam, Anadil Bakri, 36, berkata beliau yang datang daripada Songkhla menjual menu berasaskan tom yam dan resepi asli daripada negara gajah putih itu.

“Orang ramai boleh mendapatkan pelbagai jenis makanan jalanan Thailand seperti som tam, kerabu maggi, pulut mangga dan banyak lagi,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda