Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

KKTaiping Ungguli Anugerah Institusi Cemerlang PSH

By 9 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Larut Matang dan Selama)/Kolej Komuniti Taiping

IPOH, 9 Feb (MalaysiaAktif) – Kolej Komuniti Taiping (KKTaiping) yang pernah dinobatkan sebagai Institusi Cemerlang Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Tahun 2021, kini sekali lagi menerima Anugerah Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Kolej Komuniti Terbaik Kategori Kolej Komuniti Kluster 2 Tahun 2022.

Menurut Pengarah KKTaiping, Aznur Anuar Ab Azid, seramai 6086 peserta telah menyertai kursus-kursus anjuran kolej dalam tempoh dua tahun ini.

“Saya kira, rakyat Malaysia tercari-cari kursus jangka pendek yang dapat membantu mereka meningkatkan ilmu selain memanfaatkan masa terluang.

“Tambahan pula, dengan yuran yang minima, mereka tidak teragak-agak untuk menyertai program PSH anjuran kami,” katanya ketika ditemui pada Majlis Aspirasi Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti di Politeknik Ungku Omar (PUO), di sini pada Selasa.

Sementara itu, Ketua Unit PSH Absah Md Yusof berkata KKTaiping membudayakan proses pembelajaran ini sejak awal penubuhannya pada tahun 2012.

“Kursus-kursus yang dianjurkan adalah berdasarkan permintaan dan kesesuaian kebolehpasaran masa kini, terutama yang dapat membantu peserta dalam perniagaan kecil atau sederhana.

“Tenaga pengajar yang disediakan bukan sahaja dalam kalangan warga kerja KKTaiping tetapi turut melibatkan tenaga pakar luar setelah dikenal pasti kepakaran mereka dan kesesuaian dengan kursus yang dianjurkan,” tambahnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda