Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Konvoi Amal Tiga Negara Rentas Wilayah Thailand

By 20 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Sures Maniam (Kubang Pasu)

JITRA, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Lebih 100 peserta pelbagai jenis motosikal berkuasa tinggi menyertai program ‘3 Countries Mega Charity Ride 2023’ bermula 18 Februari lalu dan berakhir pada hari ini.

Program amal anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Malaysia Daerah Kubang Pasu itu membabitkan penyertaan tiga buah negara iaitu Singapura, Malaysia dan Thailand.

Menurut Naib Pengerusi PBSM Muhammad Zaidi Omar, konvoi ini bertujuan mengumpul dana dalam usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa bencana alam dan program-program pendidikan seperti kesedaran pertolongan cemas dan kesihatan awam.

“Ia juga bagi memeriahkan sektor pelancongan domestik di samping mengeratkan hubungan tiga buah negara melalui peserta yang mengambil bahagian.

“Antara pengisian program ialah sumbangan bungkusan makanan kepada asnaf Daerah Yaha, sumbangan amal kepada Mudir Pondok Nibong, Yala, Thailand dan sebagainya,” katanya ketika merasmikan program tersebut, di sini pada Sabtu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda