
Laporan/foto: Krisha Selladuria/Urusetia PUSPANITA Cawangan Pontian
PONTIAN, 20 Feb (Malaysiaaktif) ā Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Daerah Pontian telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Jenazah di Dewan Serbaguna, Pejabat Daerah Pontian, di sini pagi semalam.
Pengerusi PUSPANITA Cawangan Daerah Pontian Hajah Aslin Mohamad berkata bengkel ini merupakan aktiviti pertama PUSPANITA tersebut pada tahun ini.
āDiharapkan peserta juga dapat menerapkan semangat ingin tahu untuk mempelajari dan menginsafi perihal pengurusan jenazah serta kematian.
āKami juga menginfakkan enam set pengurusan jenazah kepada Hospital Pontian yang akan digunakan ketika sesi pembelajaran Kumpulan Pengurusan Jenazah meraka,ā katanya.
Pada majlis tersebut penceramah jemputan dari Pejabat Kadi Daerah Pontian Ustazah Hanipah Ismail turut memberi pendedahan berkaitan teori dan praktikal tentang kaedah mengurus jenazah wanita yang tepat serta seiring dengan syariat Islam.
-ZS-