Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

KPDN Sabah Sedia Pautan Pendaftaran Menu Rahmah

By 15 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Dexter Cysonned

KOTA KINABALU, 15 Feb (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah mengambil inisiatif menyediakan pautan pendaftaran Menu Rahmah untuk para pengusaha kedai makanan dan restoran.

Pengarahnya, Georgie Abas berkata pautan pendaftaran bertujuan sebagai pangkalan data premis makanan yang menawarkan Menu Rahmah dan seterusnya akan dihebahkan ke seluruh negara.

“Menerusi pengkalan data itu, secara tidak langsung pengusaha makanan akan mendapat promosi percuma. Setakat ini, sebanyak 33 pengusaha makanan sudah mendaftar di pengkalan data KPDN Sabah ini.

“Saya percaya ramai pengusaha restoran sudah menawarkan Menu Rahmah tetapi masih belum mendaftar. Kami berharap mereka dapat mendaftar menerusi pautan yang terdapat di laman sosial Facebook ‘KPDN Sabah’ kami,” katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Georgie mengajak semua pengusaha restoran yang mempunyai sebarang pertanyaan tentang program tersebut untuk hadir ke lapan cawangan pejabat KPDN di seluruh Sabah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda