Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Labuan Bawa Pulang 1 Emas, 3 Perak, 3 Gangsa dalam ‘20th Sabah State Cadet, Junior & U21 Karate Championship 2023’

By 13 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/Persatuan Karate Labuan

LABUAN, 13 Feb (Malaysiaaktif) – Skuad Karate Labuan berjaya membawa pulang kilauan pelbagai pingat dalam ‘20th Sabah State Cadet, Junior & U21 Karate Championship 2023’ yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah pada 10 hingga 12 Februari lalu.

Menurut kenyataan rasmi Persatuan Karate Labuan, pingat emas tunggal berjaya diperolehi Muhammad Isyraf Faiz Mohd Ismifarizal, 15, menerusi kategori Cadet Male Kumite +70kg.

“Tiga atlet terpaksa berpuas hati dengan pingat perak iaitu Putri Nurbuhairah Norazlan, 14, dalam kategori Cadet Female Kumite -47kg, Adib Abdullah Mohd Dzulfadly, 17,  dalam kategori Junior Male Kumite -55kg dan Mohamad Azib Aiman Mohamad Affendi, 20, melalui kategori U21 Male Kumite -60kg.

“Tiga lagi pingat gangsa diperolehi menerusi Amber Jelszabelle Jinugi,16, Emmanuel Dunang Jerangku, 14, dan Mohamad Irfan Firdaus Mohd Yusni, 16, menerusi acara masing-masing iaitu kategori Junior Female Kata, Cadet Male Kumite -70kg dan kategori Junior Male Kumite -61kg,” menurut kenyataan itu pagi tadi.

Jelasnya, kejohanan itu disertai 350 orang atlet karate dari Sabah, Labuan dan pasukan jemputan Brunei Darussalam.

“Pasukan Karate Labuan menghantar 12 peserta dan kejohanan ini adalah sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Kebangsaan yang akan dijadualkan pada bulan Mei tahun ini,” menurut kenyataan tersebut lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda