
Laporan/foto: Nurunnadia Abdullah (Kluang)
KLUANG, 13 Feb (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri Johor melalui Tourism Johor telah mengadakan Program ‘Majestic Johor Clean’ yang melibatkan badan-badan kerajaan, pertubuhan awam dan swasta di Sungai Temiggol, Kahang, di sini pagi tadi.
Program yang melibatkan beberapa sektor seperti premis pelancongan dan kemudahan pelancongan di seluruh negeri Johor ini merupakan inisiatif bagi memastikan negeri Johor berada dalam keadaan selamat dan bersih.
Pegawai Daerah Kluang Jamaludin A. Hamid berkata, kerajaan negeri Johor melalui Tourism Johor akan terus komited dalam melaksanakan pelbagai usaha bagi memperkukuhkan jenama Majestic Johor dengan mempromosikan destinasi pelancongan utama di 10 daerah negeri Johor yang mempunyai pelbagai keunikan dan keistimewaan tersendiri.
“Tahun ini merupakan tahun terbaik untuk meningkatkan lagi prestasi industri pelancongan terutamanya di negeri Johor.
“Saya yakin negeri Johor mampu menjadi pilihan destinasi pelancongan utama atau ‘top-of-mind-destination’ serta selamat dikunjungi,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian.
-ZS-