Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

MDEC Sasar 30 Siri Jelajah Saya Digital

By 19 Februari 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rahimah Rafiai/Norfaizah Adnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menyasarkan 30 siri program Jelajah Saya Digital di seluruh negara dengan sasaran 500 hingga 800 peserta bagi tahun 2023.

“Ke mana sahaja destinasi program Jelajah Saya Digital selepas ini, fokus akan diberikan pada kawasan luar bandar, terutamanya kawasan yang ramai anak muda menghadapi kesukaran  mencari kerja.

“Kita juga melibatkan beberapa agensi bagi membantu mereka yang berminat mengembangkan perniagaan,” jelas Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil yang ditemui selepas merasmikan Jelajah Saya Digital@Lembah Pantai di Pusat Komuniti Pantai Eco Park, di sini semalam.

Menurut Fahmi, sebanyak 36 siri program ini telah dilaksanakan sejak sejak dua tahun lalu dan ia membuktikan kerajaan komited terhadap usaha meningkatkan pendapatan generasi muda menerusi ekonomi gig di luar bandar.

“Program ini merangkumi empat teras utama iaitu, program Saya Digital Literasi, Perniagaan, Pendapatan dan Modal Insan yang menyasarkan golongan seperti B40, graduan menganggur, warga emas, pelajar sekolah serta universiti.

“Inisiatif Saya Digital juga telah mewujudkan program seperti eUsahawan, eRezeki dan Global Online Workforce (GLOW) bagi meningkatkan keupayaan usahawan untuk menggunapakai teknologi digital dan meningkatkan jualan serta pendapatan,” katanya.

Program dimeriahkan dengan 26 reruai pameran daripada agensi kewangan dan usahawan.

Turut dilancarkan Program Digital Ninja 2023, iaitu program kepimpinan dan peningkatan skill digital yang menyasarkan golongan muda berumur 11 hingga 17 tahun. Peserta juga perlu mempunyai bakat dalam bidang kreativiti digital dan solusi berinovasi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda