Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Israk dan Mikraj: Anugerah Terindah Untuk Nabi Terulung

By 19 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nazlia Naim/Nor Haliza Ridzuan

BUKIT MERTAJAM, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Bual Bicara sempena sambutan Israk dan Mikraj menyingkap keindahan kekuasaan dan kasih sayang terhadap hamba-Nya dalam majlis ilmu bersama Ustaz Lutfi Amir dan Ustaz Mohd. Fadhly Hasbulah atau Ustaz Manis.

Seramai 2000 orang telah membanjiri dewan dan perkarangan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam bagi bersama-sama menghayati sambutan Israk dan Mikraj.

Peserta, Siti Halisah Mad Daud, 20, berkata program seumpama ini sangat bermanfaat dan harus diteruskan kerana ia menambahkan ilmu sejarah Islam dan pengetahuan kepada anak-anak muda serta menteladani kisah di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj.

Turut hadir Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKTBN Bukit Mertajam Muzkhairil Muhamad serta ketua-ketua jabatan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda