Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Israk dan Mikraj ke Arah Meningkatkan Ketakwaan kepada Allah

By 19 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd. Yusof Hj. Abd. Samad

TANGKAK, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 250 telah menghadiri program Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Daerah Tangkak 2023 yang diadakan di Masjid Bukit Banjar, di sini kelmarin.

Program bermula selepas solat Maghrib dan dihadiri oleh pelbagai peringkat usia termasuk pemimpin-pemimpin tempatan.

Pegawai Daerah Tangkak Azman Mohamad Shah berkata, program seperti ini mampu meningkatkan keimanan serta ketakwaan dalam kalangan umat Islam.

“Malah kefahaman tentang Israk dan Mikraj oleh Nabi Muhammad S.A.W dapat menggambarkan betapa pentingnya ibadah solat dalam kehidupan umat Islam,” tambahnya lagi.

Antara pengisian program ini adalah forum perdana yang membicarakan dan membincangkan mengenai solat fardu.

Panel penceramah, Ustaz Aminudin Baki turut menyatakan jika sesiapa dalam kalangan umat Islam yang mendirikan solat semata-mata hendakkan pujian maka mereka tidak ikhlas dengan ibadahnya Itu malah dianggap riak dan dimurkai Allah.

Turut hadir Pentadbir Tanah Daerah Tanah, Pegawai Kadi Daerah Tangkak, Ketua Polis Daerah Tangkak, ketua-ketua jabatan serta ketua-ketua kampung dalam daerah ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda