Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Pakaian Motif Sarawak Kontemporari Borneo Native Curi Perhatian

By 11 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Lydia Humphery Tungkat (Sarawak)

MIRI, 11 Feb (Malaysiaaktif) – Pakaian motif Sarawak kontemporari Borneo Native berjaya mencuri perhatian pengunjung di Program Simposium Ngepan Iban (SNI) Peringkat Negeri Sarawak 2022, di sini, semalam.

Agen Borneo Native Miri, Angela Entingie menjelaskan perniagaan mereka adalah berkonsepkan ‘homebase’ dan di atas talian sahaja. Manakala penghantaran adalah melalui pos atau bas jika dalam Sarawak.

“Pemilik Borneo Native adalah Allen Charlie dan Borneo Native Miri adalah satu-satunya agen yang aktif di Sarawak sejak tahun 2019.

“Setiap motif atau corak yang dicetak pada pakaian Borneo Native adalah eksklusif serta tersendiri malah telah didaftar milik dan mempunyai no siri,” kata Angela yang berharap agar memiliki butik secara fizikal suatu hari kelak.

-ZS-

Tinggalkan komen anda