Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Tiada Siapa Yang Tertinggal – Prinsip Utama Kerajaan Melaka

By 11 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam/Amirul Azim (Melaka Tengah)

MELAKA, 11 Feb (Malaysiaaktif) – Tidak meminggirkan mana-mana pihak serta karenah birokrasi menjadi prinsip utama ‘No One is Left Behind’ (Tiada Siapa Yang Tertinggal)
Kerajaan Negeri Melaka dalam objektif penganjuran Majlis Ramah Mesra Ketua Menteri Melaka Bersama Pemimpin Masyarakat Cina Tahun 2023 bertempat di Dewan Seri Bendahara, baru-baru ini.

Menurut Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali, kerajaan negeri perlu sentiasa memudahkan penyampaian perkhidmatan kepada segenap lapisan masyarakat di mana setiap penyelesaian kepada satu permasalahan tersebut perlu disegerakan dalam tempoh jangka pendek.

“Melihat dari sudut yang sama, pihak kerajaan tidak pernah meminggirkan atau mengabaikan masyarakat Cina mahupun kaum-kaum lain kerana negeri Melaka sentiasa mengambil berat dan memandang serius terhadap kepentingan maayarakat Tionghua,” kata beliau dalam sesi dialog bersama pemimpin masyarakat Cina.

-ZS-

Tinggalkan komen anda