Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Pelbagai Bangsa Meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Pandan

By 5 Februari 2023Februari 7th, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nor Juliana Jamri/ Mohd Farid Abd. Halim (Hulu Langat)

PANDAN, 5 Feb (Malaysiaaktif) – Lebih 3000 orang daripada pelbagai bangsa hadir di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parlimen Pandan yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah, malam tadi.

Nooraida Ismail, 32, salah seorang pengunjung ketika ditemui berkata beliau hadir bersama keluarga bagi merasai sendiri kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina.

“Suasana cukup meriah dengan kehadiran pelbagai bangsa di majlis ini. Tarian singa menarik minat anak saya. Majlis sebegini perlu diadakan setiap tahun,” katanya.

“Di Pandan kita dapat lihat kepelbagaian kaum yang menunjukkan semangat perpaduan dan semua masyarakat bersama-sama meraikan sambutan perayaan yang ada dalam negara kita ” kata Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Woon Kwai Choong,.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti persembahan PENTARAMA, persembahan tarian singa, hidangan yee sang, cabutan bertuah, edaran ang pow dan petunjukan bunga api.

Turut hadir Menteri Ekonomi merangkap Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.

-ZS-

Tinggalkan komen anda