Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Sambutan Hari Thaipusam Meriah

By 5 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Irina Abd Samad/ Norfaizah Adnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Thaipusam dimanfaatkan sepenuhnya oleh Shanti dari Petaling Jaya kerana ianya merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun atas dosa-dosa yang dilakukan sepanjang tahun.

Menurutnya lagi, beliau amat bersyukur dan gembira kerana impian beliau untuk melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri terlaksana.

Berlainan pula dengan pengunjung bernama Seelan yang merasa teruja dan gembira dapat menyambut Hari Thaipusam pada tahun ini setelah dua tahun tidak dapat menyambutnya kerana pandemik COVID-19.

Tambah beliau lagi ketika ditemui di sini kelmarin,Β ucapan terima kasih kepada kerajaan serta pihak keselamatan kerana festival ini dapat berjalan dengan lancar.

Perarakan Pedati Perak membawa arca Dewa Murugan sempena perayaan Thaipusam bermula dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun HS Lee malam kelmarin dan dijangka sampai di Batu Caves pukul 3 petang ini. Lebih 2 juta pengunjung dijangka akan membanjiri Batu Caves sempena sambutan pada kali ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda