Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Kesihatan Bermula daripada Senaman dan Pemakanan Seimbang

By 5 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Tanah Merah)

PASIR MAS, 5 Feb (Malaysiaaktif) – Sihat adalah nikmat yang amat berharga dan bernilai. Hakikatnya kesihatan bukan hanya pada tubuh badan tetapi lahir daripada insan yang sempurna dan akal yang cergas.

Menurut Pakar Kesihatan Keluarga, Pejabat Kesihatan Daerah Pasar Mas Dr. Norasmah Hasan, kesihatan yang baik bermula daripada aktiviti senaman dan pemakanan yang seimbang.

“Masyarakat diseru melakukan aktiviti luar yang mendatangkan peluh di samping mengamalkan pemakanan yang betul,” katanya di Program ‘Ambo Nok Sihat’ di Perkarangan Masjid Mahmudi Kangkong, di sini pagi tadi.

“Ini penting untuk menjamin kesihatan yang baik terutama mereka yang sudah mencapai usia warga emas,” tambahnya.

Sementara Pengerusi Klinik Panel Kesihatan Kangkong, Marzuki Awang berkata masyarakat tanpa mengira umur dan keturunan wajar menjaga kesihatan demi kelangsungan hidup.

“Di usia sebegini, masyarakat perlu menjaga kesihatan dengan amalan cara hidup sihat,” ujarnya.

“Ambil peluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan agar penyakit dapat dikesan lebih awal,” katanya lagi.

Program ‘Ambo Nok Sihat’ anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Mahmudi dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kangkong dihadiri lebih 300 orang.

Turut hadir Pegawai Kesihatan Klinik Kangkong Dr Shahilawati Mustapha.

-ZS-

Tinggalkan komen anda