Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

PUSPANITA Komited Bantu Realisasi Agenda Muar Maju 2030

By 11 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Haliza Mohd Taib/Latifah Salleh (Muar)

MUAR, 11 Feb (Malaysiaaktif) – Peranan wanita bukan hanya membantu urusan keluarga di rumah, malah mereka juga merupakan penyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara.

Pegawai Daerah Muar Dato’ Hj Mustaffa Kamal berkata, bagi merealisasikan Muar Maju 2030, pemerkasaan agensi dan komuniti harus dijayakan dengan memastikan iltizam dan visi dijalankan dengan baik.

“Saya menyeru agar Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) berganding bahu bersama-sama jabatan kerajaan dan swasta terutama sekali dalam menjalankan aktiviti kempen di peringkat daerah seperti Kempen Kebersihan setiap hujung minggu supaya kebersihan menjadi agenda utama setiap warga Muar,” tambahnya ketika memberi ucapan perasmian Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Daerah Muar Kali Ke-29 2023 di Dewan Jubli Intan Daerah Muar, kelmarin.

Menurut Pengerusi PUSPANITA Cawangan Daerah Muar PUSPANITA Daerah Muar pada tahun 2022 telah menjalankan pelbagai aktiviti yang menumpukan kepada program yang berunsur pendidikan, kesihatan, pendidikan, kerohanian, menyantuni masyarakat dan gotong-royong Johor Bersih 100 hari.

Turut hadir Pentadbir Tanah Daerah Muar, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar dan Ketua-Ketua Jabatan Daerah Muar.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda