Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Ladang Arnab Terbesar Tarikan Baru ke Melaka

By 21 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Surega Vasuthevan (Melaka Tengah)

MELAKA, 21 Feb (Malaysiaaktif) – Ladang arnab pertama dan terbesar di negeri Melaka, Iman Rabbit Farm bakal menjadi satu lagi tarikan terbaru pengunjung ke negeri itu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri Melaka Datuk Rahmad Mariman, lokasi ladang arnab yang terletak di kawasan luar bandar ini sesuai dikunjungi oleh peminat arnab sambil meluangkan masa bersama keluarga dalam suasana aman dan damai.

“Ladang arnab ini menjadi tempat pendedahan dan pembelajaran kepada anak-anak serta ibu bapa tentang cara penjagaan dan pembersihan haiwan comel tersebut sekiranya mereka hendak memelihara di rumah.

“Iman Rabbit Farm yang terbaharu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek ini berpotensi menjadi tempat sensasi dan destinasi utama para pengunjung yang melawat negeri Melaka terutamanya pada musim cuti sekolah ini dengan kadar bayaran yang begitu murah dan masanya tidak terhad,” katanya ketika ditemui Kampung Tambak Paya, Ayer Molek, di sini baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda