Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Usahawan Mikro Mampu Pelopori Pasaran Digital

By 20 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Sarah Nur Saad/Norfatihah Abd Jamin (Kinta)

IPOH, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Rakan Digital menjadi perintis dalam mencetus usahawan yang bijak dalam pasaran digital.

Menurut Rakan Digital, Nurul Anis Shafinas Nor Azam, peranan Rakan Digital adalah membantu usahawan untuk memasarkan perniagaan secara digital.

“Pelbagai modul dan pendekatan disediakan untuk memastikan usahawan dapat mempelopori pasaran digital seperti kelas-kelas Facebook Ads, Shopee dan sebagainya.

“Program ini mendapat kolaborasi yang padu daripada pelbagai agensi seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), AEON dan sebagainya,” katanya ketika ditemubual sempena Lawatan Kerja Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Tersusuan Batu 8, di sini pagi tadi.

Tambah Nurul Anis, dia berjaya mengumpulkan seramai 20 usahawan di bawah seliaannya sejak julai 2022.

Pengusaha Kek Batik Sarawak Cik B, Ikhwan Yaakub, 46, berkata PEDi telah membantunya dalam memajukan perniagaan sehingga mampu memasarkan produk yang dihasilkan di Tanjung Tambutan ke luar daerah.

“Lebih tiga tahun mengusahakan kek batik, kami menerima sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda