Laporan/foto: Nur Shahrina Amran
TANGKAK, 10 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 150 orang anggota Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) daerah Tangkak telah menghadiri Mesyuarat Agong kali ke-24 bagi tahun 2023, di sini semalam.
“Pada tahun 2022 PUSPANITA Daerah Tangkak telah menjalankan pelbagai aktiviti yang bertumpukan kepada program yang berunsur didikan, pengetahuan, keusahawanan, motivasi, sukan dan kerohanian,” kata Pengerusi PUSPANITA Cawangan Daerah Tangkak, Rohayati Mohd Salleh.
“Program-program yang dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman serta dapat digunakan dalam kehidupan seharian bagi semua ahli-ahli PUSPANITA.
“Program-program PUSPANITA ini penting bagi kaum suami kerana Puspanita ini salah satu platform bagi ahli-ahli PUSPANITA untuk mengukuhkan ukhwah bersama kaum wanita selain merancang pelbagai program bagi menjana pendapatan bagi golongan wanita,” kata Pegawai Daerah Tangkak, Azman Haji Mohamad Shah.
Turut hadir Pentadbir Tanah Daerah Tangkak, Haji Mohd Nazid Jasiman, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Daerah Tangkak, Rosfazlina Zainul Din dan Ketua-Ketua Jabatan Daerah Tangkak.
-ZS-