Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

350 Warga Tangkak Terima Bantuan Wang Ihsan Bangsa Johor

By 28 Mac 2023Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Nur Shahrina Amran (Tangkak)

TANGKAK, 28 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 350 orang anak yatim, fakir miskin dan asnaf telah menerima Sumbangan Bantuan Wang Ihsan Bangsa Johor di Masjid Dato’ Haji Abdul Ghani, di sini semalam.

Sumbangan kepada golongan yang berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) disampaikan oleh Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

“25 Mac yang lalu Bantuan Sumbangan Wang Ihsan Bangsa Johor telah disampaikan kepada 15 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) daripada 31 PPS dan melibatkan seramai 1,227 Ketua Isi Rumah (KIR) yang dilanda bencana banjir dalam daerah Tangkak.

“Dijangka bantuan ini dapat diselesaikan sebelum April 2023,” ujar Pegawai Daerah Tangkak Azman Haji Mohamad Shah.

Menurut Onn Hafiz semasa sidang Dewan Undangan Negeri, beliau telah membawa rundingan bagi meluluskan penubuhan Jawatankuasa Perubahan Iklim dan Bencana rentetan banjir yang melanda pada 28 Mac lalu begitu dahsyat akibat perubahan iklim.

“Langkah-langkah proaktif bagi menangani banjir berlaku adalah dengan memastikan sungai-sungai kawasan ‘hotspot’ (kawasan panas) banjir dibersihkan dan dikosongkan sebelum hujan turun dan sebelum amaran kajian kajian cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

“Sektor pelancongan bagi daerah Tangkak perlu dipergiatkan kerana Tangkak merupakan pintu masuk Johor Utara dan terkenal dengan Gunung Ledang. Jadi, diharapkan dengan adanya Majestic Johor dapat menjana pendapatan daripada sektor pelancongan bagi daerah Tangkak,” ujarnya.

Menteri Besar Johor itu turut meluluskan permohonan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi menyelenggara Masjid Dato’ Haji Abdul Ghani.

-ZS-

Tinggalkan komen anda