Laporan/foto: Sheikh Mohamed Nazim Sheikh Abd Kadir
SEGAMAT, 4 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai lebih 7,000 anggota di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersedia untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan KDN ketika ini memiliki lebih 7,000 kekuatan anggota yang telah bersiap sedia untuk digerakkan bagi Operasi Banjir.
“Semua aset polis atau agensi lain di bawah KDN seperti kenderaan pacuan empat roda, bot dan lori sedang diturunkan bagi membantu operasi menyelamat mangsa banjir,” ujarnya.
Saifuddin berkata demikian ketika turun padang melawat Pusat Pemimdahan Sementara (PPS) Taman Perumahan Polis Segamat semalam bagi menyerahkan kotak bantuan banjir.
Seramai 12,221 mangsa banjir telah dipindahkan ke PPS di Daerah Segamat dan menjadikan Segamat antara daerah yang paling teruk dilanda bencana banjir.
-ZS-