Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Petani, Nelayan Digalakkan Mencarum dengan PERKESO

By 4 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/ Mohd Sani Ahmad Jatin

SIMPANG AMPAT, 4 Mac (Malaysiaktif) – Petani dan nelayan di negeri ini digalakkan untuk mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

“Bagi petani atau nelayan yang bekerja sendiri dan juga seperti mereka yang berniaga pasar malam sangat digalakkan mendaftar bawah Skim Pekerjaan Sendiri.

“Bagi statistik jumlah pencarum PERKESO negeri Perlis bagi tahun 2022, terdapat 6,238 pencarum. Kami sangat mengharapkan dengan membuka kaunter perkhidmatan di sini, akan lebih ramai individu yang bekerja sendiri dapat berdaftar dengan PERKESO”.

Timbalan Pengarah PERKESO negeri Perlis Balkis Abd Rahman berkata demikian ketika ditemui di Pesta Angin Timur di Kampung Sungai Padang, di sini semalam.

Menurut Balkis pencarum hanya perlu membayar serendah RM46.60 bagi tempoh setahun bagi memperolehi pelbagai faedah dan manfaat.

PERKESO Perlis dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) turut membuka kaunter perkhidmatan di atas trak di Zon C di Ppsta yang bermula dari 3 hingga 5 Mac ini.

Kaunter tersebut menawarkan perkhidmatan pendaftaran Skim Pekerjaan Sendiri, Skim Suri Rumah dan MYfutureJobs.

-ZS-

Tinggalkan komen anda