Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Menteri Besar Johor Santuni Mangsa Banjir

By 4 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Latifah Salleh (Muar)

MUAR, 4 Mac (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi telah menyantuni seramai 282 mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks Sukan Pagoh, di sini pagi tadi.

Onn Hafiz turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai daripada Kerajaan Negeri Johor dan kotak makanan daripada
Southern Volunteers.

Pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan barang keperluan seperti kain pelikat, kain batik dan telekung.

Mangsa banjir, Zarina Kasmin, 35, meluahkan rasa syukur apabila disantuni oleh pemimpin negeri Johor dan mendapat bantuan serta sumbangan daripadanya.

Turut hadir Pegawai Daerah Muar, Tuan Haji Hasrin Kamal, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor, Dato’ Haji On Jabbar dan ketua-ketua jabatan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda