Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

8,000 Bubur Lambuk Diedar kepada Warga Ipoh

By 31 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurlaila Abdul Azid (Perak)/Unit Media SUK Perak

IPOH, 31 Mac (Malaysiaaktif) – Sebanyak 8,000 bekas bubur lambuk diedar kepada warga tempatan sempena Program Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk, Forum Perdana dan Majlis Berbuka Puasa bersama Anak Yatim dan Media Perak, di sini semalam.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata program tersebut merupakan anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak (PPM Perak).

“Kita telah memulakan kerja memasak bubur lambuk ini sejak awal pagi lagi.

“Alhamdulillah, kita berkesempatan menyampaikan bubur lambuk kepada penduduk sekitar sini termasuk kanak-kanak Sekolah Rendah Agama Al-Islah Addiniah,” katanya ketika mengedarkan bubur lambuk di sekitar kawasan Pangsapuri Jalan Ashby.

Tambah Saarani, sesi forum perdana dan penyampaian duit raya kepada anak-anak yatim juga diadakan diikuti dengan majlis berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan sunat tarawih di Laman Seri Ridzuan.

Edaran bubur lambuk tersebut turut dibuat di Taman Cempaka, Pangsapuri Seri Kinta, Pasaraya TF Falim, Stadium Indera Mulia dan Hospital Raja Permaisuri Bainun.

-ZS-

Tinggalkan komen anda